Saturday 14 March 2015

Polisi dan Tentara Indonesia di Sandera Pihak Malaysia


* Minsera.Blogspot.comKOTA KINABALU 13 Mac - Polis menahan 17 lelaki warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tentera republik itu kerana dipercayai menceroboh masuk ke sempadan Pulau Sebatik di sini hari ini. Kesemua anggota tentera dan polis bersama tiga orang awam warga Indonesia itu ditahan kira-kira pukul 1 petang. Sumber keselamatan membe­ritahu, anggota tentera dan polis itu berpakaian preman serta membawa senjata api.
“Tujuan anggota tentera dan polis ‘datang’ ke Balai Polis Wallace Bay adalah untuk mengecam seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu yang ditangkap oleh anggota polis Malaysia pada 10 Mac lalu. Bagaimanapun tindakan mereka ‘memasuki’ negara ini adalah tidak mendapat kebenaran atau melalui saluran yang sah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber itu, sebahagian daripada mereka masuk menggunakan bot laju, manakala yang lain melalui jalan darat dengan menaiki motosikal.
“Kesemua suspek kini ditahan di Balai Polis Wallace Bay selain merampas lapan laras pistol dan empat laras revolver .38,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan tersebut.

Source: 
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/polis-tentera-indonesia-ditahan-1.69229#sthash.mKc6MvAn.dpuf